Sidang Media Pelancaran ‘Lions Strides Diabetes Awareness Walk dan ‘Sport Stacking Challenge 2018 ’

Seremban, 23 Oktober- Pelancaran ‘Lions Strides Diabetes Walk dan ‘Sport Stacking Challenge’ telah diadakan di Hotel Royale Chulan Seremban. Dalam sidang media pelancaran itu, General Manager, Hotel Royale Chulan Seremban, Encik Leo Kuscher telah menyampaikan ucapan perasmiannya. Dalam majlis itu, media, peserta-peserta dari Sport Stacking serta ahli-ahli Kelab Lions of Seremban Central dan jemputan khas telah hadir.

Dalam ucapan itu, beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau melihat bahawa kehadiran itu menunjukkan keprihatinan masyarakat tentang penyakit ‘Diabetes’ yang menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat kita hari ini.

Tujuan ‘Lions Strides Diabetes Awareness Walk’ dianjurkan bersempena Bulan Diabetes iaitu pada bulan November. Pesan orang tua-tua, mencegah lebih baik daripada mengubati. Yuran penyertaan hanya RM10.00 berserta ‘T-Shirt’ dan ‘Goodie’ beg. Pengubahan gaya hidup merupakan faktor utama dalam mencegah penyakit Diabetes malah program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Program ini akan berlangsung pada 4 November 2018. Taman Tasik Seremban dipilih sebagai lokasi dan jaraknya hanya 2.1KM. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Oktober 2018. Orang ramai yang berminat menyertai program ini atau ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut  boleh layari Facebook at FB/lionsclubofserembancentral

Sejurus selepas ucapan daripada Puan Elynn Chua dan juga penganjur Encik Jackie Goh, Atur cara yang kedua ialah ucapan alu-aluan daripada pihak WSSA- World Sport Stacking Association Negeri Sembilan iaitu Cik Lilian Goh, President, Persatuan Sukan Stacking Negeri Sembilan. Dalam ucapan itu, beliau menyatakan bahawa ‘Sports Stacking Challenge’  akan dianjurkan buat julung-julung kalinya di Negeri Sembilan. Seterusnya, beliau menyentuh tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Sports Stacking ini dapat mengisi masa lapang secara berfaedah, mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga dan masyarakat dan juga dapat memupuk semangat bekerjasama dan persefahaman.

Sebagai intihannya, Sports Stacking ini perlu diuar-uarkan kepada masyarakat agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila terutamanya dalam kalangan remaja bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta.’

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s